Sunday, January 16, 2011

Budu Goreng Spesel



Bahan-Bahan:
1 cawan budu
2 ulas bawang merah (mayang)
3 ulas bawang putih (mayang)
2 batang serai (mayang halus)
2 helai daun limau purut
5 atau lebih- biji cili padi (hiris)
sedikit halia (tumbuk @ mayang)
3 sudu makan minyak untuk menumis
Sedikit air
Cara:
1. Panaskan minyak, masuk semua bahan mayang dan hirisan tadi.
2. Agak garing, masukkan budu dan sedikit air.
3. Mendidih, masak dan angkat.
Cadangan Hidangan:
Nasi putih panas-panas.
Tambahan:
Budu goreng ni makan dgn nasi panas, dah tak perlu apa yang lain. Lengkap rasa, esp. untuk mereka yg mmg taksub dgn budu. haha.


Kerabu Telur Dadar

Bahan-Bahan:
5 biji telur ayam, didadar
7 tangkai cili merah, ditumbuk
1 mangkuk pati santan
3 camca teh air limau nipis
Garam secukupnya
1 ikat daun kesum, dihiris
2 batang bunga kantan, dihiris
5 biji bawang merah, dihiris
5 sm halia, dihiris
5 helai daun purut, dihiris
Cara:
Telur dadar dihiris halus-halus. Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan bahan-bahan hiris, air limau nipis dan garam. Gaul hingga sebati.

Ikan Kukus Bersos Tauhu

Bahan-Bahan:
1. Seekor Ikan Siakap sederhana besar /Bawal putih bersaiz besar.
2. 2 sudu tauchu
3. 1 sudu halia (dikisar)
4. 8 biji cili padi(dihiris)
5. Bawang putih tiga ulas(dikisar)
6. 1 sudu gula
7. 3 sudu air perahan limau
8. 4 sudu air
9. Hirisan halia 
Cara:
Gorengkan halia dan bawang putih dan tauchu hingga naik bau selama 5 minit. Masukkan hirisan cili padi, air, perahan limau dan gula, kacau. Kemudian ratakan pada seluruh ikan tadi dan letakkan hirisan halia pada kedua-dua belah ikan. Dan akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan kukus untuk 20-30 minit. Pasti menyelerakan.
Cadangan Hidangan:
Makanan berkukus adalah baik untuk mereka yang mementingkan permakanan yang sihat. Selamat mencuba

Kuah Lemak Telur Dengan Suhun & Pucuk

Bahan-Bahan:
3 keping pucuk (direndam)
sedikit suhun (direndam)
3 biji telur
3 biji ubi kentang
2 biji bawang merah (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
santan (dari 1 biji kelapa)
sedikit garam
sedikit ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis
Cara:
1. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. masukkan santan.
3. masukkan garam dan ajinomoto.
4. masukkan ubi kentang biarkan sehingga agak empuk.
5. pecahkan telur sebiji demi sebiji.
6. masukkan suhun dan pucuk
7. masak sehingga ubi empuk (di atas api yang perlahan).
Cadangan Hidangan:
sesuai untuk seisi keluarga. Dimakan bersama nasi. (kalau nasi panas lagi terangkat.
Tambahan:
jangan masukkan suhun terlampau banyak kerana suhun akan mengembang dan menyerap kuah.

Akak Berlauk

Bahan-Bahan:
10 biji telur ayam
10 sudu gula
300 gm tepung gandum

Bahan untuk inti:
500 gm daging lembu
500 gm bawang besar
2 sudu besar rempah kermuk
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam dan gula secukup rasa
Cara:
Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, kacau sehingga rata.

Cara membuat inti:
Daging direbus dan dihiris halus. Bawang besar dipotong nipis. Campurkan semua rempah yang telah digiling. Sediakan kuali dengan minyak. Apabila panas, masukkan rempah biar garing dan masukkan daging. Setelah masak masukkan bawang besar yang dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Masukkan ke dalam acuan (separuh) kemudi

Ayam 3 Rasa Syg

Bahan-Bahan:
½ ekor ayam - dipotong
½biji bwg besar - di hiris
minyak untuk menumis
3 ulas bwg merah kecil - di hiris
4 ulas bwg putih - dihiris
halia sebesar ibu jar - dihirs
1 btg serai - di hiris
garam dan aji
½ cwn air
2 sudu mkn lada kisar
1 sudu kcl serbuk kunyit
2 sudu mkn serbuk kari babas (hijau)
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn kicap manis
3 biji tamato - di potong dua
Cara:
Tumiskan minyak, masukan bahan yang di hiris sehingga naik bau, kemudian masukan lada kisar, serbuk kunyit, serbuk kari,sos tiram, kicap manis gaul rata sampai timbul minyak. masuk ayam, garam & aji dan masukan air. setelah hampir masak masukan tomato. Sedia untuk di hidang.

Black Pepper Fried Rice

Bahan-Bahan:
6 cawan nasi
2 keping isi ayam(rebus-potong dadu)
6 biji bawang puteh (cincang)
1 biji bawang besar(hiris)
4-5 biji telor
2 sudu makan lada hitam
1 chicken kiub
Sayur kobis (hiris)
Sadikit daun bawang
6 sudu kicap manis cap kipas
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara:
1)Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukkan bawang hiris,goreng hingga bawang layu.Masukan daging ayam.Goreng lagi lebihkurang lima minit.
2)Masukan telur,digaul hingga separuh masak,masukan kicap dan lada hitam.Gaul rata.
3)Masukan sayur kobis,nasi dan chicken kiub,digoreng lagi hingga lima atau pun sepuluh minit baru masukan daun bawang
dan tutup api.
Cadangan Hidangan:
Lebih enak dimakan ketika masih panas.
Tambahan:
Bagi yang suka pedas bolehlah taruh lebih lada hitam.

Labu Berlauk

Bahan-Bahan:
1 biji labu kuning, anggaran 1.5 kg dikeluarkan isinya
2 camca besar minyak
1 biji bawang besar, dihiris
2 biji bawang putih, ditumbuk halus
1 cawan daging ayam, didadu kecil
1 camca besar hirisan serai
2 camca besar hirisan bunga kantan
1 camca teh serbuk kunyit
1-2 camca besar cili giling
100 gm beras Basmathi, dibasuh dan disejat
2 biji tomato masak, dibuang kulit dan biji da didadu
350 ml air panas
1 ketul ayam
Garam secukupnya
40 gm gajus rangup, dipotong besar
Cara:
Potong bahagian atas labu untuk dijadikan penutup. Korek isi labu dan potong ia kecil-kecil. Ketepikan. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging ayam. Kacau daging hingga kering airnya baru dimasukkan serai, bunga kantan, serbuk kunyit dan cili giling. Kacau hingga rata. Masukkan isi labu dan kacau lagi lima minit. Tuang sedikit air panas jika perlu. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180'c. Masukkan beras dan kacau seminit sebelum dimasukkan tomato, air, pati ayam dan garam. Apabila mendidih, perlahankan api dan biarkan 15 minit. Angkat dan masukkan gajus. Kacau rata. Masukkan nasi ke dalam labu yang telah dikeluarkan isinya. Tutup labu dengan bahagian tangkainya tadi. Letakkan labu di dalam tin bakar dan bakar 45 minit atau hingga labu empuk.

Bihun Goreng Cina ala Kampung

Bahan-Bahan:
1-bihun satu bungkus
2-cabai melaka 6 biji
3-lada hitam 20 biji
4-bawang putih/merah 6 biji
5-sayur
lobak merah
sawi
selodek jagung 
bahan untuk menumis,ambil bahan 2,3,4.kisar bahan tadi sehingga lumat. 
Cara:
ambil sedikit minyak masak untuk menumis
masuk bahan menumis,sehingga kuning.
masukan bihun,kacau sehingga bihun lembut
masukan telur(kalau perlu),akhir sekali
masuk sayur kedalam bihun tadi.kacau sehingga bihun lembut.
Cadangan Hidangan:
setelah masak hidang dalam pinggan,untuk
melazatkan lagi,hias dengan daun sup/daun bawang diatas bihun,tabur.
Tambahan:
masuk kan perasa(ajinamoto)garam secukup rasa.

Buncis dengan Hati

Bahan-Bahan:
600 gm kacang buncis
150 gm hati
1 cawan santan pekat
4 labu bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
Cara:
Potong kacang buncis serong-serong
sepanjang 2.5 cm. Potong hati sebesar 2 cm. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang. Kacau hingga lembut. Masukkan rempah, kacau supaya tidak melekat. Masukkan hati dan goreng selama 10 minit. Masukkan garam. Masukkan kacang dan balik-balikkan. Masukkan santan pekat. Masak hingga empuk.

Asam Rebus Keladi

Bahan-Bahan:
3 pokok keladi telur
3 keping asam gelugur
20 sen udang hidup
20 sen daun kesum
5 ulas bawang merah
6 biji cili kering
Sedikit belacan
Garam serta serbuk perasa secukupnya
Cara:
Keladi dibersihkan dan dipotong-potong setelah itu celurlah keladi ini dengan 2 keping asam gelugur. Bila telah layu buangkan airnya, angkat serta ketepikan. Daun kesum dibersihkan, bawang dimayang halus-halus. Cili dan belacan ditumbuk sehingga lumat setelah itu panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan cili yang telah ditumbuk ini sehingga masak. Setelah masak, angkat cili dan ketepikan untuk sementara waktu. Masukkan air secukupnnya ke dalam periuk kemudian masukkan bawang yang telah dimayang, udang kering serta 1 keping asam gelugur. Bila air sudah mendidih masukkan pula keladi yang telah dicelur. Kemudian masukkan cili yang telah ditumis serta daun kesum tadi. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Kemudian bolehlah di angkat untuk dihidangkan.

Acar Kuning

Bahan-Bahan:
1 biji timun (dipotong memanjang)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 labu bawang besar (dipotong enam)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
2 sm halia (dimayang)
Sedikit cuka, kunyit dan garam
¼ cawan air
Cara:
Tumis bawang yang dimayang tadi, kemudian masukkan serbuk kunyit, cuka dan garam. Kacau hingga sebati. Masukkan sayur yang telah dipotong tadi diikuti dengan gula dan garam. Akhir sekali masukkan 3/4 cawan air d

Acar Hitam Manis

Bahan-Bahan:
20 gm halia, dimayang
100 gm cili kisar
10 gm cuka
1 cawan minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan dibuang biji dan dibelah dua:
50 gm prun
30 gm asam hitam
30 gm kismis
30 gm jeruk limau
30 gm kana hitam
50 gm bawang merah
20 gm bawang putih
Cara:
Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan cuka, gula garam dan serbuk perasa. Kacau sebati. Masukkan bawang, halia, buah-buahan asam dan kismis. Kacau lagi. Masak hingga kering dan berminyak baru diangkat.

Ayam Bakar Istimewa

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam muda
600 gm bawang goreng
1 camca besar sos tomato
20 biji badam, dibakar dan dibuat hiasan
Minyak sapi untuk menumis
4 cawan air
60 gm kismis, digoreng
1 tin susu cair
3 biji limau kasturi

Bahan-bahan dihiris:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan-bahan digiling:
1 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh lada sulah
3 biji pelaga
4 kuntum cengkih
2.5 sm halia
2.5 sm kulit kayu manis
2.5 sm kunyit hidup
3 hiris lengkuas
Cara:
Ayam dibakar hingga kuning. Ketepikan. Panaskan minyak sapi. Tumis bahan hiris dan bahan giling hingga wangi. Campurkan air limau kasturi bersama susu dijadikan tairu. Campurkan bersama bahan tumis. Kacau rata. Masukkan tomato sos dan air. Kacau lagi. Masak hingga pekat kemudian tuang di atas ayam bakar.
Cadangan Hidangan:
Hias ayam menggunakan badam bakar, kismis dan bawang goreng.

Ayam Arsik

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam, dipotong 12
Sedikit garam
2 biji tomato, dikisar
Sedikit kicap
Minyak untuk menumis
Sedikit daun salam
½ camca teh cuka
Sedikit gula
Bahan dikisar:-
9 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
1 camca besar ketumbar
1 camca teh lada sulah
Cara:
Perap ayam bersama garam, tomato dan kicap setengah jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan dikisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan daun salam. Kecilkan api dan tutup kuali. Kacau sekali-sekala. Apabila kuah pekat, masuklah cuka, gula dan kicap. Kacau rata. hias dan hidangkan.

Lontong Daun Pisang

Bahan-Bahan:
Beras (Dibasuh dan tos)
Daun pisang abu atau pisang batu
(selebar 16 inci)


Batang Paip selebar 2 atau 2 ½ inci (sebagai acuan)
Lidi dipotong serong 1 ½ inci
atau Dawai (dipotong 4 ½ inci)
Cara:
Basuh beras dan toskan

Daun pisang digulung menggunakan batang paip sebagai acuan, kelepet atau matikan hujungnya /ikat hujung daun pisang menggunakan dawai atau lidi.
keluarkan batang paip.

isikan beras ke dalam daun pisang sebanyak 1/3.

rebus dalam air yang banyak selama 6 hingga 8jam.

api sederhana.

setelah masak angkat dan susun berdiri. biarkan sejuk.

Cadangan Hidangan:
boleh dimakan bersama kuah lodeh atau serunding kelapa. 

Ketupat Nasi Tok Ayah

Bahan-Bahan:
Kelongsong ketupatSetin beras (tin susu sederhana besar)
Cara:
Basuh beras dan tuskan airnya.

Masukkan beras ke dalam kelongsong. Pastikan isinya hanya setengah dari kelongsong yang dianyam.

Didihkan air dan masukkan ketupat ke dalamnya dan rebus lebih kurang dua setengah jam.

Semasa merebus, pastikan air sentiasa penuh.

Setelah masak, tuskan ketupat sehingga kering.

Acar Mangga

Bahan-Bahan:
6 biji mangga muda (dikupasnya & dihiris tipis-tipis)
½ cuka putih
1 ¼ cawan gula pasir
1 ½ sudu garam
2 ulas bawang putih (dihiris tipis)
10 batang lada kering (dibuang bijinya,direndam, ditoskan & digiling)
60 gm halia jeruk
7 gm halia hidup
12 biji buah badam (dicelur & dihiris halus memanjang)
2 sudu kismis
Cara:
Cuka,gula & garam dijadikan sirap. Masukkan bawang putih,lada giling,halia, jeruk & halia hidup Didihkan perlahan-lahan hingga selama 10 minit. Masukkan mangga & teruskan mendidih dengan perlahan-lahan hingga ia lembut. Jaga,Jangan sampai mangganya hancur. Masukkan buah badam & kismis.Didihkan perlahan-lahan selama 10 minit,atau hingga campuran tadi pekat. Sesuaikan rasanya & angkat dari api.Apabila sejuk,masukkan ke dalam botol. Hidangkan bersama sebarang hidangan utama.

Acar Daging Cincang Bersos

Bahan-Bahan:
600 gm daging cincang
2 sudu serbuk kunyit
3 sudu jintan manis biji
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula melaka yang dihancurkan
1 cawan tairu
1 ½ sudu besar lada putih
6 ulas bawang putih
3 labu bawang besar
3 cm halia muda
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
½ cawan minyak
2 cawan air
Garam secukup rasa
Cara:
Daging dipotong kecil, diperap dengan jintan biji dan serbuk kunyit. Tuang minyak masak dan tumiskan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus bersama hirisan bawang besar. Bila bahan tumisan menjadi kuning. tuangkan daging dan biarkan sehingga airnya kering. Kemudian masukkan sos tomato, sos tiram dan gula melaka. Gaul hingga rata, tuangkan 2 cawan air dan masukkan garam secukup rasa. Bila air menjadi keringdan dagingnya empuk tuangkan tairu serta lada putih yang ditumbuk halus dan gaul sehingga kuahnya menjadi sedikit pekat.

Awul-awul

Bahan-Bahan:
500 g daging lembu
Secukup air mendidih untuk meliputi daging
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun salam
2.5 sm lengkuas (dititik)
1½ camca asam jawa ] diramas dan
½ cawan air ] diperah airnya
1½ cawan pati santan
Bahan giling:
2 camca besar ketumbar biji
2 camca teh jintan putih
1 camca gula Melaka
½ camca teh garam
12 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara:
Masukan daging ke dalam air yang mendidih. Campurkan garam, daun salam dan lengkuas. Bila dagingnya empuk, keluarkan dari air rebusan dan parut halus-halus. Bancuh bahan giling dengan air asam jawa. Bubuh campuran itu ke dalam kuali. Masukkan daging yang diparut dan pati santan. Masak di atas api kecil hingga betul-betul kering. Kacau-kacaulah selalu. Hidangkan panas-panas atau sejuk dengan nasi putih atau sebagai bahan inti untuk sandwich atau telur dadar.

Acar Telur

Bahan-Bahan:
15 biji telur ayam
10 biji cili kering
2 tin kecil tomato puri
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
2 sudu kicap
Sedikit kacang peas
Bahan untuk digiling:
½ sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah - dimayang
Sedikit halia
Sedikit cuka, gula dan garam
Cara:
Telur direbus sampai masak, setelah itu buang kulitnya dan goreng sebiji-sebiji hingga kuning angkat dan ketepikan. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang, setelah itu masukkan pula bahan yang telah digiling tadi bersama air, cuka, gula, garam dan tomato puri serta serbuk perasa. Bila telah mendidih masukkan telur, cili merah, kacang peas dan bawang besar. Setelah itu bolehlah diangkat.

Barbeku Pari


Bahan-Bahan:
200 gm ikan pari
4 gm rempah paprika
4 gm sos Lea & Perrins
2 gm serbuk cili
2 gm aromat
2 gm garam
2 gm lada sulah
2 gm jus limau
2 gm sos tiram

Bahan dikisar:
4 gm kunyit hidup
4 gm bawang merah
4 gm bawang putih

Cara:
Potong ikan dan bersihkan. Perasakan dengan bahan-bahan rempahan. Panggang mengikut citarasa anda. Hidangkan panas-panas.

Asam Pedas Ikan Pari

Bahan-Bahan:
600 gm ikan pari
300 gm bendir
2 batang serai, dititik
2 kuntum bunga kantan
4 - 6 helai daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Bahan-bahan digiling halus:
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
Cara:
Ikan disiang dan dicuci bersih. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing. Kemudian masukkan serai titik. Kacau rata. Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata. Apabila mendidih masukkan bendir, daun kesum, bunga kantan dan garam. Kacau rata.

Acar Ikan Tenggiri

Bahan-Bahan:
4 potong ikan tenggiri
4 camca sedang cili boh
2 camca sedang rempah kari
1 camca teh biji sawi
Sedikit minyak
3 tangkai cili merah (dipotong memanjang)
1 cawan santan pekat
2 camca sedang kerisik
Rempah tumis, kunyit, garam, gula dan cuka

Bahan dimayang:
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1.25 sm halia
Cara:
Ikan di basuh dan ditoskan. Kunyit dan garamkan ikan lalu dipanggang. Tumis bahan-bahan mayang bersama rempah tumis, kacau hingga kuning. Kemudian masukkan rempah kari, cili boh dan santan. Kacau hingga kuning. Masukkan kerisik, cili merah, garam, cuka dan ikan. Kacau perlahan-lahan hingga masak.

Ayam Goreng Nam Yee

Bahan-Bahan:
500 gm Daging Ayam (Bahagian dada)

Bahan A

2 sudu besar Minyak bijan
1 sudu besar Stok pekat ayam maggi
2 keping Tahu Jeruk (Nam Yee)Ada di jual di Pasaraya
sedikit Lada sulah 
Bahan B

2 Biji Telur Ayam
4-5 sudu besar Tepung jagung
Cara:
Ayam Dipotong kecil dan di gaulkan dgn bahan A sehingga sebati. Perapkan selama 4 jam (kalau nak cepat perap 1-1/2 jam pun boleh). Apabila hendak menggoreng gaulkan dengan telur dan tepung jagung tadi. Goreng sehingga ayam kekuningan , goreng dgn api kecil supaya ayam tidak hangus.
Cadangan Hidangan:
Ayam goreng ini sedap dimakan dengan sos cili Thai.
Tambahan:
Selamat mencuba

Ayam 1000 Rasa

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (sederhana besar)
1 mangkuk kecil air
4 sudu minyak masak
3 sudu kicap manis
3 sudu kicap manis
4 sudu sos tiram
3 sudu sos tomato
2 sudu jus oren
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
1 sudu buah badam (ditumbuk)
1 inci belacan
Sedikit garam dan sebuk perasa
Bahan-bahan untuk dikisar:
1 inci halia
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai lada kering 
Cara:
1. Ayam dipotong kepada bahagian yang lebih kecil dan dibuang tulangnya.

2. Setelah dibersihkan, perap ayam selama 2 jam bersama kicap, sos tiram,sos tomata dan jus oren. Masukkan juga lada hitam bersama buah badam yang telah ditumbuk.

3. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan sehingga naik baunya.

4. Masukkan belacan dan garam serta serbuk perasa. Masukkan air

5. Masukkan ayam yang telah diperap tadi. Kacau dan biarkan seketika sehingga masak.



Cadangan Hidangan:
Enak dibuat lauk untuk nasi dan mee goreng. Hidangan untuk 4 orang

Ayam masak halia bersantan

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam dipotong kecil.2 cawan santan pekat1 inci halia.4 ulas bawang merah.3 ulas bawang putih.4 biji cili merah.semua bahan-bahan ini tumbuk.[tidak terlalu lumat dan perap bersama ayam.]
Cara:
santan dimasak hingga pecah minyak kemudian masukkan ayam yang telah diperap dengan garam gula serta bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.gaul rata,kecilkan api ,masak selama 5 minit tambahkan air jika kuahnya agak kering.rasakan garam gulanya dan biarkan kuahnya agak pekat baru angkat.bolehlah dihidangkan.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama nasi putih

Asam Pedas Ayam Daun Pudina

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (potong 8)
5 biji buah keras (dikisar)
10 tangkai cili kering (dikisar)
10 tangkai cili merah (dikisar)
2 labu bawang besar
4 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 cm belacan
2 biji tomato
2 biji terung
5 batang bendi
2 kelopak lobak masin
Sedikit air asam jawa
4 keping asam keping
3 ikat daun kesum
4 ikat daun pudina
1 kuntum bunga kantan (dihiris)
Sedikit minyak untuk menumis
Gula & garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak, tumis bawang kemudian masukkan semua bahan yang telah dikisar tadi. Apabila telah wangi, masukkan air asam jawa, asam keping, daun kesum & daun pudina. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong tadi. Masukkan garam
& gula secukup rasa, masak ayam hingga naik bau. Apabila ayam sudah hampir setengah masak masukkan terung, kemudian
masukkan bendi, lobak masin, lebihan daun pudina & akhir sekali taburkan bunga kantan di atasnya.

Rendang Ayam Daun Maman




Bahan-Bahan:
1 ekor ayam kampung
2 cekak pucuk maman
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
4 cm kunyit hidup
5 batang serai     3 biji kelapa
30 tangkai cili padi
10 tangkai cili kering
4 keping asam gelugur
Garam secukupnya
Sedikit kerisik
Cara:
Ayam dipotong dan dibersihkan. Cili padi, cili kering, kunyit, bawang merah dan bawang putih digiling hingga halus. Gaulkan dengan ayam dan masukkan dalam kuali. Biarkan di atas api hingga daging ayam kecut dan kering airnya. Masukkan santan dan masak hingga kering dan berminyak. Kemudian tambahkan pucuk maman, asam gelugur dan gaul rata. Masukkan kerisik dan biarkan kering di atas
…………………………………………
Resepi -RENDANG MAMAN
Bahan-bahan;
1kg daging/1ekor ayam kampung/itik/10 ekor puyuh/
2kg sayur maman
2 kg santan/6 biji kelapa(perlu banyak santan)
Cili api rm1.50/ikut suka pedas
8/10 keping asam keping
2buku kunyit hidup/agak2
garam secukup rasa.
Cara memasaknya:
1.Siang daun maman,basuh dan tus terlebih awal
supaya daun maman tidak terlalu basah,
2.Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali.
3.Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan
ke dalam daging tadi.
4.Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering,baru masukkan santan.(Kalau kelapa parut,perah lah terlebih dahulu,ambil santan pekat-pekat).Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair.Kalau tiada santan cair,masukkan air cili kisar tadi lebih2.
5.Kacau bahan daging & air cili itu supaya rata.Masukkan garam.Kalau puyuh,dagingnya lembut,eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat.
6.Setelah pekat masukkan asam keping.Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi.
7.Jangan dikacau terlalu kuat,kerana dikhuatiri keluar air pahitnya.Buat perlahan2 supaya daunnya semua layu dan tenggelam.
8.Setelah semuanya layu,barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya.
9.Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak,barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.
RENDANG DAUN MAMAN
1-2 ikat daun maman
1/2 ekor ayam (boleh juga udang atau ikan bilis)
5 – 10 biji cili api (boleh tambah lagi kalau suka pedas)
kunyit hidup (cukup untuk menguningkannya, tapi terlebih kunyit takut maung rasanya)
4-5 ulas bawang merah (boleh tambah lagi kalau suka)
2-3 ulas bawang putih (boleh tambah lagi kalau suka)
santan kelapa pekat secukupnya
asam keping
garam secukup rasa
Cara-caranya:
tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang merah + bawang putih sampai lumat. nak cepat lumat campurkan sedikit garam semasa menumbuk
jerang santan + ayam + bahan tumbuk + asam keping atas api. Biarkan hingga nampak kuah jadi pekat n hampir kering. Masukkan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan daun maman tersebut. Jangan kacau kerap. Sebaiknya biarkan hingga ia sebati. Rasalah garamnya. Ini untuk mengelakkan rasanya jadi pahit nanti.
Terserah pada anda untuk jadikan santan tu kering betul macam rendang atau ada sedikit kuah.
p.s. Pastikan lauk lebih banyak daripada daun maman, sebab takut terlebih daun, gulai akan pahit.
………………………..

ASAM REBUS TEMPOYAK





1 ekor ikan jelawat/Patin dibasuh bersama air beras dan lumurkan garam dan asam (biar seketika kemudian cuci lagi bersih2 dan perahkan sedikit limau nipis
1 mangkuk kecil tempoyak
1 batang serai dititik
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 buku halia sebesar ibu jari*
1 buku kunyit sebesar jari telenjuk*
5 batang lada merah*
3 batang lada padi (jika suka)*
(kesemua bahan * ditumbuk halus)
Kesemua bahan ini disatukan dan di dalam periuk bersama air dan jeranglah sehingga masak. (jika tempoyak masih baru masukkan sekeping dua asam gelugur tetapi jika tempoyak telah agak lama tidak perlu dimasukkan asa gelugur kerana rasa tempoyak telah masam. Jika suka boleh masukkan daun kesum dan bunga kantan.
………………………………….

PAIS IKAN SEMBILANG PUCUK PAKU




Bahan – bahannya :-
5 ekor ikan sembilang
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 batang serai
3 biji buah keras
1/2 sudu belacan
1 inci kunyit
5 biji cili padi
5 biji cili merah
1 sudu teh ketumbar
1 sudu the lada hitam
Air asam jawa
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya :-
- Tumbuk bawang merah,bawang putih,belacan, lada hitam,serai,
dan cili merah hingga lumat .
- Masukkan bahan rempah dan air asam jawa ke dalam ikan .
- Kemudian , masukkan garam , gula dan bahan perasa secukup rasa .
- Gaul hingga rata dan sebati .
- Hiris daun kunyit halus – halus .
- Letak pucuk paku ke atas ikan tadi dan balut dengan daun pisang .
- Masak ke dalam ketuhar selama 20 minit .
- Sedia untuk dihidangkan .

Gulai Belinjau dengan udang

Photobucket - Video and Image Hosting


Ini kami orang utara panggil buah belinjau. Belinjau muda warna hijau macam ni lah. Kalau belinjau yang dah masak (tua) kulit luar tu warna merah, selaput tengah warna hitam dan biji dia warna putih. Belinjau tua selalu orang buat kerepek/keropok belinjau. Sekarang ni senang nak beli kerepek belinjau dari supermarket sebab banyak di import dari Indonesia.
Kat sini kalau jumpa belinjau muda macam ni kat Pasar Tani atau Pasar Malam, selalunya buat kari.
Bahan-bahan
Buah Belinjau (dalam RM 2 gitu saja)
3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa
Untuk menumis darat
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1. Buah belinjau dibelah 2 dan direndam dalam air.
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk seperti di bawah
Photobucket - Video and Image Hosting
4. Masukkan udang, serbuk kari, garam, daun kari, bawang besar yang di potong dadu dan sedikit air ke dalam periuk
5. Masak sehingga serbuk kari garing sedikit, dan nampak pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih.
7. Selepas masukkan santan, kacau kari tu untuk mengelakkan dari santan berketul.
8. Bila kari sudah mendidih angkat dari dapur atau tutup api dapur.
Untuk menumis
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Hiris, bawang-bawang dan halia nipis-nipis
3. Goreng semua bahan-bahan menumis sehingga bawang kekuningan
4. Angkat dari dapur dan masukkan minyak yang panas bersama bahan gorengan ke dalam periuk kari
5. Tutup periuk.
Hasil akhir kari belinjau ni macam dalam gambar ni.
Photobucket - Video and Image Hosting
Selain dari belinjau, kari macam ni boleh dibuat dengan buah ramunggai, pisang muda dan nangka muda.
Gambar dan resipi dari Dapur makcik Kampung
*Kalau saya biasanya untk ikan bilis sy guna rempah ikan, kalau udang atau apa2 seafood guna rempah kari daging dan lebih halia.

PINDANG TELUR IKAN DAUN KUNYIT





Bahan – bahannya :-

100 gm telur ikan
10 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 paket santan
2 keping asam keping
2 helai daun kunyit
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara membuatnya:-

 -Tumbuk bawang merah , bawang putih , cili padi dan kunyit .
- Masukkan garam , gula dan bahan perasa .
- Masukkan santan dalam kuali serta rempah iaitu bahan tumbuk tadi .
- Masukkan asam keping dan daun kunyit yang telah dihiris halus .
- Masak hingga mendidih .
- Sedia untuk dihidangkan .




Ikan Patin Temerloh Masak Tempoyak

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan patin sungai atau sangkar
3 sudu asam jawa
3 sudu tempoyak
50 g cili api ( digiling )
2 cm kunyit hidup ( digiling )
2 bunga kantan ( dibelah )
garam
gula
daun kesom secukupnya
asam keping secukupnya

Cara:
Ikan patin ( sangkar atau kolam ) dibersihkan dan di basuh dengan air asam jawa. (Jika patin sungai tidak perlu di basuh dengan air asam).( Patin kolam perlu direndam selama setengah jam dalam air asam )

Masukkan air dalam periuk. Masukkan cili api dan kunyit yang telah digiling.
Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan jika suka masukkan sedikit gula.

Jika anda suka, boleh juga masukkan beberapa batang kacang bendi.

Cadangan Hidangan:
Makan lah bersama nasi . Ada pulak sambai tempoyak..lagi sedap

Tambahan:
Fuh lazat.tapi ingat jangan guna sebarang jenis bawang, kerana ia kan menghilangkan rasa tempoyak.
Kalau anda pergi Temerloh Bandar Ikan Patin, jangan lupa makan Patin Sungai Masak Tempoyak. Bawalah duit sebanyak Rm 400.00 untuk makan seramai 4 orang.
Sedap wei... bahagian yang paling lazat pada ikan patin ialah di bahagian bawah kepala.9 Kira macam dekat dadalah )

Sponsor Link :